oleh Dato' Hj Muhammad Bin Zakaria ( hjmohdz@telagabiru.net.my )
Anda Sering Tidak Bermaya
Sebagai seorang pelajar anda sering berasa letih, lesu, lemah dan tidak bermaya. Kalaulah disorongkan bantal kepada anda, alangkah enaknya. Anda juga sering mengantuk, terangguk-angguk, sebaik sahaja memulakan membaca terutamanya membaca buku pelajaran yang susah-susah.

Dalam kelas, kelopak mata anda akan mula tertutup perlahan-lahan apabila kuliah mula menjadi monotoni dan berpanjangan. Malah ada ketikanya anda juga sering tertidur waktu kuliah.
Kalau anda seorang eksekutif di pejabat, anda sering tersengguk-sengguk di meja kerja.
Anda juga sering tertidur waktu berdiskusi dengan pelanggan. Apa lagi ketika menonton TV, membaca akhbar, di dalam bas atau pesawat (kecuali anda memang merancang untuk berehat dalam perjalanan yang jauh).
Bagaimana pula kecergasan anda ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh sahabat anda? Adalah amat tidak munasabah jika anda tertidur dalam keadaan sahabat anda itu bersusah payah memandu.

Jika anda sendiri yang memandu dan anda tertidur selama tiga saat, anda mengundang maut bukan sahaja kepada diri anda malah kepada penumpang, keluarga tercinta atau sahabat yang bersama anda. Malah boleh melibatkan pengguna jalan raya yang lain.
Jadi Bagaimana Mengatasi Kelesuan?1. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Berapa jam? Lima jam semalam sudah memadai dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga lapan jam sehari. Ini bermakna anda kerugian tiga jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian masa emas selama tiga tahun!
2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan pada sebelah petang, tidurlah 30 hingga 45 minit sebelum waktu zuhur. Tidur sebentar sebelum waktu zuhur ini dinamakan tidur qailulah. Tidur qailulah ialah sunah Rasulullah s.a.w. dengan syarat berniat untuk bangun pada malam hari nanti untuk qiamullail. Satu jam tidur qailulah menyamai tiga jam tidur pada waktu malam. Tidur qailulah ini elok diamalkan pada hari cuti. Pada masa hari kerja mungkin agak sulit kecuali anda bekerja sendiri. Itu pun jangan sekali-kali tidur qailulah anda meleret hingga dua tiga jam.
3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan dua kerja:

- a) Kerja utama.
- b) Kerja sokongan yang aktif.
Sebaik sahaja anda berasa lesu atau mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
- a) Mencari rujukan.
- b) Menyusun fail, data atau susun letak meja anda.
- c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
- d) Mencari bahan dari internet.
4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
- a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan perlahan-lahan.
- b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar daripada bangunan.
- c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.
5. Buat secawan kopi panas.
6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk berehat atau menyisihkan kita daripada aktiviti menuntut ilmu.
7. Membaca akhbar harian (jangan lebih daripada 10-15 minit jika waktu kerja).
8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:

- a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
- b) Menggerakkan bahu dan leher.
- c) Meregangkan lengan.
Ibu Mengelakkan KelesuanSelain mengelakkan kelesuan dengan mengoptimumkan fungsi pancaindera, menanamkan semangat yang tinggi dalam minda adalah lebih berkesan. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemerlang.
Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Letakkan diri anda seolah-olah tidak ada masa untuk berpaling ke kiri atau ke kanan. Lakukan banyak perkara dalam masa yang singkat.
Arahkan Minda Untuk CergasAnda boleh berdialog dengan minda anda sendiri dan mengarahkan minda anda supaya bekerja dengan cergas. Latih minda untuk membaca pergerakan dan perubahan yang berlaku di sekeliling anda.
Minda hendaklah cekap membuat keputusan lalu mengarahkan pancaindera untuk melaksanakan arahan tersebut. Pancaindera anda pula hendaklah melaksanakan segala arahan minda secara spontan.
Makanan Yang Menyebabkan KelesuanSelain fungsi minda, pemakanan memainkan peranan penting untuk kecergasan. Otak anda memerlukan oksigen yang segar yang dibawa oleh darah ke otak. Makanan yang berzat diserap oleh pembuluh darah lalu dibakar oleh oksigen untuk menghasilkan tenaga.
Badan perlu bekerja lebih keras menyebabkan kelesuan. Antara makanan yang menyebabkan kelesuan ialah:
- 1. Makan pagi yang berat seperti nasi berlauk daging dan seumpamanya.
- 2. Nasi lemak yang banyak mengandungi santan (lemak).
- 3. Nasi pulut. (Ketiga-tiga jenis makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti kerja buruh, kerja sawah atau kerja ladang).
4. Makan tengah hari yang berat.
Sebaliknya makanan yang tidak berzat atau yang terlalu kurang mengandungi karbohidrat, gula atau lemak juga menyebabkan kelesuan kerana badan akan kekurangan tenaga untuk bekerja.
Makanan Pagi Untuk Mengelakkan Kelesuan
- 1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
- 2. Fresh orange untuk mencairkan lemak menjadi tenaga.
- 3. Buah-buahan.
- 4. Air mineral.
- 5. Susu memberi anda tenaga yang banyak.
Mengelakkan Lesu Ketika Kuliah Atau Diskusi
- 1. Fokus.
- 2. Datangkan minat yang mendalam.
- 3. Gerakkan minda untuk bertanya secara kritis.
- 4. Catat menggunakan peta minda.
- 5. Pastikan anda dapat mendengar dengan jelas.
- 6. Baca fikiran pensyarah atau pasangan diskusi anda.
- 7. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.
Peranan Otak Kanan Dan Otak Kiri
Ketika mendengar kuliah atau berdiskusi, otak kanan dan otak kiri mesti bekerja secara serentak. Otak kanan lebih khusus memproses maklumat secara holistik (keseluruhan). Ia lebih bertindak balas kepada warna, imej, suasana dan irama. Otak kiri pula memproses maklumat satu persatu. Ia lebih bertindak balas kepada perkataan, nombor, maklumat, logik dan analisis.
Jadi ketika otak kiri mengecam, menghafal, mengingat dan menganalisis apa yang disampaikan guru, otak kanan hendaklah menimbulkan minat yang mendalam, menggambarkan fakta secara visual, memahami perasaan guru dan bertindak balas pada isyarat tubuh (body language) guru.
Dengan mengkoordinasi kedua-dua belah otak ini anda akan sentiasa segar dalam masa kuliah.
Mengelakkan Mengantuk Di Dalam Kereta
Ramai orang yang tertidur sebaik sahaja kereta mula bergerak. Cuba anda perhatikan, sifat ini selalunya berlaku kepada anak kecil. Apakah minda anda setaraf dengan minda seorang anak kecil?
Ramai orang yang tertidur sebaik sahaja kereta mula bergerak. Cuba anda perhatikan, sifat ini selalunya berlaku kepada anak kecil. Apakah minda anda setaraf dengan minda seorang anak kecil?
Bagaimana mengelakkan kelesuan ketika berada di dalam kereta?
- 1. Mulakan sesuatu topik perbualan atau perbincangan.
- 2. Kenali (taaruf) semua orang yang berada di dalam kereta tersebut.
- 3. Pandang jauh keluar.
- 4. Beri komen apa yang anda lihat di luar kereta.
- 5. Elakkan membaca ketika berada di dalam kereta.
- 6. Pasang muzik, radio atau bahan audio kegemaran anda. Mengapa anda tidak membelanjakan sedikit wang untuk membeli CD motivasi oleh pakar motivasi antarabangsa?
- 7. Anda boleh menghafal ayat-ayat al-Quran menggunakan CD berkaitan.
- 8. Sediakan makanan kudap-kudapan seperti kacang, kuaci, gula-gula atau minuman bertenaga.
- 9. Bayangkan aktiviti dan kegembiraan yang anda akan lalui di penghujung perjalanan.
Anda Masih Mengantuk?
Itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia berbanding malaikat yang tidak pernah lesu dan mengantuk daripada mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah letih, lesu dan mengantuk dalam menarik planet, bulan, bintang dan matahari mengikut orbit peredarannya dalam Sistem Suria.
Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk daripada menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.
Sedangkan anda? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!
Sedangkan anda? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!
sumber: SOLUSI
No comments:
Post a Comment